create your own banner at mybannermaker.com!

Salamun 'alaik .

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

jom sama-sama kongsi ilmu !

Thursday 21 June 2012

secebis luahan ....

 بسم الله الر حمن الر حيم



pertama dan selamanya bersyukur kepada ALLAH kerana dengan limpah kurnianya ,
ana masih mampu bernafas sehingga ke hari ini ....

* ape perasaan anda jika semua sahabat menjauhi anda hanya kerana kesilapan lalu yang telah anda lakukan ?

* ape yang terlintas di benak fikiran anda , sekiranya sahabat2 mencaci dan menghina anda dari belakang , sedangkan di hadapan anda dia melayan dengan cara yang baik ?

~astaghfirullahal 'azim.....

"ya Allah , kini aku sedar betapa kerdilnya aku di sisi Mu ... " (islah diri kembali!)



"wahai sahabat , 

ana juga pernah melakukan kekhilafan kerana tersalah langkah pada suatu ketika dulu ...
tetapi , ana tidak akan terus jatuh kerana kesalahan ku ituu ...
biarlah ana dianggap hina dan dihindari oleh sahabat2 ...
malahan , ana bangga kerana aku masih memiliki RABBUL 'IZZATI yang tidak pernah membiarkan ana kesepian ... ana akan terus berusaha untuk menjadi seorang khalifah yang sentiasa di cintai oleh ALLAH!
cukuplah ALLAH sebagai teman dikala ana suka dan duka ."


rintihlah pada Tuhan yang menciptakan mu ...~

 (He is the Best Creat0r !!! )

wahai pemuda dan pemudi , 
jangan lah kamu menghina di antara kamu sendiri ...
muhasabahlah diri terlebih dahulu sebelum kalian memutuskan sesuatu perkara kepada sahabat2 kamu ...
kerana kita dikatakan manusia , yang tidak pernah terlepas daripda melakukan kesalahan ...


Ayuh ! kita DELETE rasa HASAD & DENGKI sesama kita !!! ~
hidup itu indah tanpa NGIBAH >>>>> ^_^
sama2 kita perbaiki diri ke arah yang lebih baik !!

warnai lah kehidupan kalian dengan mengamalkan ajaran yang diajar oleh Islam ...
dengan itu , insyaALLAH , kehidupan kita dipenuhi dengan sifat2 mahmudah ,
seterusnya sentiasa diberkati oleh ALLAH S.W.T.~

oleh itu ,  setiap yang terjadi itu pasti ada hikmah disebaliknya !
jangan lah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH ....

moga2 kiriman ini dapat memberi sedikit input kepada para pembaca~ n_n